Tips2 Mengandung
Tanda-tanda pregnant
* Bukan si isteri sahaja yg akan mengidam macam-macam, bahkan si suami tu yang minta makanan ataupun teringin makan yang bukan-bukan.
* Bahkan, adakalanya si isteri tu maintain jer... si suaminya pulak... bukan main lagi dia, loya-loyalah... muntah-muntahlah...
* morning sickness, start pada minggu ke 7
* sakit perut rasa macam perut ni kembung, kalau baring mengiring pun akan rasa sakit.
* Period tak datang atau keluar sedikit jer darah
* Sakit belakang
* Constipation. This symptom is caused by hormone changes, and the growing uterus pressing against the bowel.
* Breast nipple kehitaman.
* Muntah2
Laman web
http://www.timang.org/
http://www.babycenter.com/
http://www.amazingpregnancy.com/
http://www.blogger.com/
http://www.parentsplace.com/
http://www.americanbaby.com/
http://www.childbirth.org/
http://www.theverybestbaby.com/
http://www.pampers.com/
Anda Hamil?
Syukur Alhamdulillah, tentukan anda berjumpa doctor secepat munkin. Mengapa? Anda perlu mengesahkan kehamilan, disamping kehamilan terletak didalam rahim, bukan diluar rahim ( Ectopic! Bahaya! ), ia normal dan janinnya hidup, bukan luarbiasa saperti hamil anggor (Molar pregnancy - juga bahaya! )
Tiga bulan pertama sangat penting !
Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari nutfah ( air mani) kepada alaqah, seterusnya menjadi mugdah, akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ2 serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantong. Denyutan jantong dapat dikesan oleh ultrasound seawal 6 minggu kandungan.
Cegah keguguran !
Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan.
Lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam ) tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkait, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, Xray, ubat2 moden atau tradisional tanpa nasihat pakar.
Bagi mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medical atau tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat dihospital. Hubungan seksual perlu dikurangkan, diperlahankan atau gunakan sarong kondom pada tiga bulan pertama kandongan. Doktor mungkin beri suntikan atau ubat hormon untuk kuatkan kandongan.
Cegah Kecacatan bayi !
Makan ubat folic asid 5-10 mg, Iron dan multivitamin. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus menerus hingga akhir kandongan. Makanan yg ada folic acid ni: Nasi, roti, asparagus, orange juice, kekacang(soya bean, tempe), sayuran hijau dan lain2. Minum susu untuk pembentukan tulang baby dan makan buah2an banyak kerana badan perlukan vitamin untuk menyerap zat2 makanan yang kita makan tu.
Tentukan sudah mendapat pelalian terhadap Rubella. Jangan cuba gugurkan kandongan dengan apa cara pun. Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat2 saperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doctor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat genetic counselling. Jauhkan hamil jika umor melebihi 45 tahun.
Berserah dan tawakkal kepada Allah swt. Doa setiap masa Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba inaka sami u doa. Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami. Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 Kul, dan ayat Qursi kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.
Petua orang tua2
1) Ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganayia atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandong isteri akan lahir cacat.
2) Minum air kelapa untuk bersihkan lendir-lendir masa bersalin nanti.
3) Tak boleh duduk di akar kayu - dikhuatiri uri tertinggal
4) Bila nak mandi towel usah lilit di sekeliling leher - dikhuatiri tali pusat melilit leher bayi
5) Suami jangan berlaku kasar pada haiwan - mengenan kat bayi
6) Petua org cina minum air sarang burung, sehari sebotol kecil -> kulit dan mata cantik.
Nasihat lain
1) Tidak perlu jalani ujian2 untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang2 negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.
2) Dipercayai roh ditiupkan kedalam jasad bayi antara 4-5 bulan umor kandongan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasa oleh ibunya.
3) Rerajin amalkan membaca Al-Quran dari surah2 Maryam, Yusof, Lukman dan sebagainya... semoga kita sesemua dapat bersalin dgn mudah.
4) Dengar lagu muzikal seperti mozart dll. Kalau gi kat kedai CD mesti jumpa koleksi khas lagu2 untuk org mengandung ni, mendengar lagu2 ni boleh merangsangkan sel2 otak baby supaya lebih pandai. Kalau ikut petua org islam ni perbanyakkan baca surah al-Yusof, luqman. kalau boleh suruh hubby bacakan sambil pegang perut wife. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar.
5) Kafein buleh merencatkan pembesaran bayi manakala nenas mengandungi bhn kimia yg berbahaya pd bayi. Cuma buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.
6) Jangan simpan kucing sbb najis dia boleh menjejaskan bayi.
Nasihat Pemakanan
1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan - sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.
Banyakkan :-
1) Minum air susu, kacang soya.
2) Makan buah2an - biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang air besar.
3)Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kandungan sebab bila bayi makin membesar akan menghimpit ruang usus menyebab kita cepat rasa senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin.
5) Ambil folic acid (doktor biasanya kaan beri nih) untuk penambahan darah.
Amalan di hujung kandungan :
1) Banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin.
2) Minum air kelapa bagi membantu menghilang masalah kerak kepala bayi dari berlarutan (ni biasa ada pada setiap bayi baru lahir)
3) Ikut kelas latihan persediaan bersalin supaya kita tak terjerit2 bila nak bersalin nanti.
Barang² keperluan bayi yang perlu disediakan
1. Baju & seluar - 6 pasang (lengan panjang beli 1 aje dah… panas) ~ beli macam² colo & saiz (klu saiz new born 2 @ 3 pasang aje cukup ~ baby cpt besar).
2. Sarung tangan dan kaki - 5 pasang.
3. Topi baby utk mengelakkan ubun² sejuk – 1 aje cukup.
4. Bedak, sabun, syampo, minyak rambut – 1 set kecil aje. (Nanti mesti dpt hamper punya)
5. Lampin – 1 dozen (guna utk bedung baby)
6. Diapers size S @ new born (beli brand murah aje dulu coz baby kerap berak)
7. Selimut baby – 1 helai
8. Towel – 1 helai @ beli set kembar pink & blue
9. Barut – 5 helai (seelok²nya buat sendiri pakai tali ~ 17cm x 46cm)
10. Kelambu – 1 jer
11. Tilam baby
12. Bantal – 1 kepala 2 peluk (kalau boleh beli yg kekabu)
13. Bantal separuh bulat (yg dekat tengah² tu kosong) ~ sesuai bagi kepala baby licin @ straight
14. Botol susu – 1 botol besar & 1 botol kecil
15. Tisu basah – 1 botol besar
16. Kapas @ Cotton bud
17. Tisu kotak @ tisu bulat
18. Minyak telon utk mengelak perut kembung
19. Krim utk ruam lampin (Drapoline). Tapi waha guna bedak Peksan. Boleh dpt kat kedai ubat cina.
20. Plastik alas tidur
21. Besen mandi baby
22. Bakul letak kain baju
23. Bakul sampah kecil
24. Pam perah susu
Keperluan tambahan (klu perlu)
1. Katil baby @ Play pen
2. Buai
3. Bouncer
4. Kereta sorong
5. Kerusi dlm kereta
6. Walker (Klu 5 bln ke atas)
Tempat Bersalin
Hospital Pakar An-Nur, bandar baru bangi... sebelah Az-zahrah tu... promosi pakej bersalin :-
pakej cempaka (4 katil sebilik) RM990
pakej bunga raya (2 katil sebilik) RM1190
pakej anggerik (bilik seorang) RM1390
Rawatan yg diberi bersalin normal oleh pakar perbidanan & sakit puan, penginapan 2 hari 1 malam, hidangan makanan 3 kali sehari, imunisasi bayi - BCG, hepatitis dos pertama, vitamin k dan percuma ubat semasa discaj.
rawatan tambahan/ peralatan/ epidural/ cukai kerajaan/ lain2 rawatan komplikasi tidak termasuk dlm pakej.
[Home] [Nasihat] [Guestbook] [Pautan]
“Sesiapa yang ingin meniru atau copy apa2 bahan dari website saya amatlah dialukan, tak perlu minta izin daripada saya semoga kita sama2 mendapat manfaat.” - Fauzynm
Self-Sabotage VS Self-Destructive Behaviour
3 months ago