Friday, January 30, 2009

pembentukan Memori anak anak

Pembentukan Memori yang Baik
November 20th, 2007 | by admin |
Objektif pembelajaran ialah untuk mengingat dan memahami apa yang diajar dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Memori yang baik berkeupayaan untuk menyimpan dan mengeluarkan kembali informasi yang diperlukan dalam jumlah yang besar.

Memori anak anda akan berkembang sejajar dengan usianya. Kebiasaannya, ibu bapa amat menitik beratkan keupayaan anak mereka untuk mengingat kerana mereka percaya memori yang baik akan menjamin prestasi akademik yang cemerlang.

Melalui penyelidikan, telah terbukti bahawa pembelajaran matematik atau muzik bermula daripada usia awal bayi anda, akan merangsang dan memperbaiki keupayaan memori mereka. Selain itu, kaedah-kaedah lain boleh diaplikasikan kepada anak anda untuk meningkatkan kupayaan pembelajaran dan memori anak anda:

Pemakanan yang baik

Pemakanan yang seimbang akan membantu anak anda membesar dengan sihat dan kuat. Otak yang mengawal semua fungsi badan memerlukan keperluan nutrisi yang mencukupi untuk berkembang dan berfungsi dengan baik.
Hidangan yang kaya dengan nutrisi dan mineral yang seimbang perlu diberikan kepada anak anda pada masa yang sepatutnya (sarapan, makan tengah hari, makan malam) paras gula dalam badan mencukupi untuk membolehkan otak dan badan anak anda berfungsi dengan baik.
Pemakanan yang tidak sihat dan tidak teratur mungkin akan menyekat keupayaan anak anda untuk menjadi lebih peka.
Senaman

Senaman mental dan fizikal adalah penting
Senaman fizikal membantu meningkatkan penerimaan oksigen oleh otak melalui peredaran darah.
Senaman mental akan memastikan sel-sel otak sentiasa distimulasi. Ini boleh dicapai apabila anak-anak anda diberi peluang untuk menggunakan kreativiti (contoh: melukis, membentuk tanah liat) dan belajar benda-benda baru (lawatan ke zoo, belajar naik basikal).
Tidur

Tidur yang mencukupi penting untuk mendapatkan memori yang baik.
Hasil penyelidikan mendapati bahawa anak kecil memerlukan masa tidur 12-15 jam sehari.
Tidur yang mencukupi akan memastikan otak berehat dengan baik.
Dorongan

Dorongan, motivasi dan pujian perlu diberikan kepada anak anda supaya dia lebih berminat untuk terlibat dalam apa-apa aktiviti pun.
Anak yang sering diberikan dorongan akan mempunyai keyakinan yang tinggi dan lebih berdikari.
Gabungan kualiti-kualiti tersebut akan membentuk keupayaan pembelajaran yang tinggi.
Persekitaran yang baik

Persekitaran yang baik dengan gangguan minima akan membantu anak anda memberikan tumpuan optimum kepada aktiviti yang dijalankan.
Menarik minat

Adalah penting untuk memastikan anak anda berminat dengan apa yang dipelajarinya. Kaedah pengajaran yang kreatif akan membantu menarik minat anak anda, sekaligus membolehkan dia belajar dan ingat dengan cepat.
Anak kecil boleh memberikan tumpuan sebentar sahaja dan cepat bosan. Pastikan aktiviti dilakukan dalam jangka masa yang pendek.
Berkomunikasi

Berkomunikasi dengan anak anda berguna untuk meningkatkan keupayaan pembelajarannya.
Bantu anak anda mengingati apa yang telah dipelajari dengan bertanyakan soalan yang memerlukan dia menerangkan kefahamannya.
Kesabaran perlu bagi menangani anak-anak yang lebih kecil kerana mereka banyak bertanya dan kadang-kadang pertanyaannya tidak masuk akal.
Belajar melalui ulangan

Anak anda akan ingat apa yang dipelajarinya dengan lebih baik apabila dia mengulanginya beberapa kali.
Jadikan pembelajaran menyeronokkan

Kanak-kanak suka bermain dan melalui bermain jugalah kanak-kanak belajar dengan lebih efektif.
Jadikan membaca, menulis dan apa-apa sahaja proses pembelajaran sebagai permainan yang melibatkan anda sekali. Keseronokan akan menjadikan anak anda lebih berminat untuk belajar.

No comments:

Post a Comment