Sunday, March 21, 2010

Maklumat gg susu

info-info ini berguna untuk semua di petik di sini

1. Gigi berlapis yang berlaku bukan disebabkan gigi susu lambat tercabut tetapi disebabkan saiz rahang yang tidak sesuai dengan saiz gigi iaitu rahang kecil tetapi saiz gigi besar-besar.

2. Jika gigi susu dicabut lebih awal yakni sebelum ianya goyang tidak menjamin gigi tidak akan berlapis.

3. Gigi geraham ketiga (gigi geraham kekal) akan mula tumbuh pada usia 6 atau 7 tahun. Kebanyakkan ibubapa tidak sedar dan menyangka ianya gigi susu juga. Jadi kebanyakkan gigi geraham ketiga ini sudah rosak apabila dibawa berjumpa doktor gigi.

4. Jika gigi susu rosak dan terpaksa dicabut lebih awal mungkin akan mengganggu pembentukan otak yang cergas di kalangan kanak-kanak. Pertama kerana saraf untuk mengunyah bersambung dengan saraf di otak. Kedua, jika gigi tiada, sukar kanak-kanak untuk mengunyah dengan baik dan proses penghadaman nutrisi tertentu mungkin akan terganggu.

5. Karies gigi boleh terjadi di kalangan bayi jika mereka tidur bersama-sama botol susu dan susu berkumpul di dalam mulut mereka. Ini kerana semasa tidur, air liur yang dihasilkan adalah kurang berbanding semasa sedar.

Itu sahaja buat kali ini, semoga berguna untuk semua.

Jumpa lagi...Insya-Allah

3 comments:

  1. salam mama adib...harap mama adib dapat tulis sumber info ini dari blog saya www.klinik-ibuaiman.blogspot.com

    TQ

    ReplyDelete
  2. salam ibuaiman

    trima kasih atas peringatan

    maaf terlupa linkkan awak punya blog.

    btw trima kasih berkongsi info

    ReplyDelete
  3. suke pempuan yg bergigi arnab

    comel

    hehe

    ReplyDelete