|                                                       Bulan                                                        Pertama: |   |                            Bayi yang                            baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh                            mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur                            sepanjang hari. | 
                                                    |   |   |   | 
                                                    |                                                       Bulan                                                        kedua:  |   |                            Bayi akan                            menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang                            berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa                            atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan                            sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang                            lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam. | 
                                                    |   |   |   | 
                                                    |                                                       Bulan                                                        ketiga:  |   |                            Bayi mula                            mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis                            dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada                            peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya                            ketika meniarap. | 
                                                    |   |   |   | 
                                                    |                                                       Bulan                                                        keempat:  |   |                            Bayi lebih                            giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk                            bermain dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam                            dan dia suka pada warna terang. | 
                                                    |   |   |   | 
                                                    |                                                       Bulan                                                       kelima:  |   |                            Berat badan                            lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif. Dengan                            bertambah'llya penguasaan belakang dan otot kakinya                            membolehkan dia mengimbang dirinya dengan sendiri dan                            duduk dalam masa yang agak lama. Dia mula mencapai                            sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan.                            | 
                                                    |   |   |   | 
                                                    |                                                       Bulan                                                        keenam:  |   |                            Sekarang dia                            boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan                            pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia                            juga mula menyebut beberapa bunyi. | 
                                                    |   |   |   | 
                                                    |                                                       Bulan                                                        ketujuh:  |   |                            Kebanyakan                            bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh                            memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari                            satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri                            boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan                            munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah.                            Bayi mula menye.but perkataan seperti "mama" atau                            "dada". | 
                                                    |   |   |   | 
                                                    |                                                       Bulan                                                        kelapan:  |   |                            Bayi mula                            berdiri, menggunakan sesuatu sebagai membantunya.                            Sekarang bayi anda bergerak dengan lebih baik, anda                            tidak harus meninggalkan benda-benda yang mungkin                            bahaya jika dimasukkan ke dalam mulutnya bertaburan. | 
                                                    |   |   |   | 
                                                    |                                                       Bulan kesembilan:  |   |                            Sekarang                            kebanyakan bayi pandai merangkak. Mereka cuba berdiri                            dengan sendirinya dengan sokongan sebelah tangan. Mula                            memahami arahan ataupun perkataan mudah. | 
                                                    |   |   |   | 
                                                    |                                                       Bulan kesepuluh:  |   |                            Bayi mula                            berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang.                            Dia menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan                            mengulangi perkataan atau bunyi berkali-kali. | 
                                                    |   |   |   | 
                                                    |                                                       Bulan kesebelas: |   |                            Seorang bayi                            mungkin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang                            waktu ini. Apabila berdiri dia boleh menoleh ke kiri                            atau ke kanan. Dia boleh duduk bertinggung untuk                            mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan                            sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh                            bertutur beberapa patah perkataan yang boleh                            difahaminya. | 
                                                    |   |   |   | 
                                                    |                                                       Bulan                                                        kedua belas:                            |   |                            Sekarang                            bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang                            pertama. Kadang-kadang dia boleh berjalan digabungkan                            dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa                            barang. Dia boleh memanjat katilnya atau kandang                            permainannya. | 
                                                    |   |   |   | 
                       
No comments:
Post a Comment