MERANGSANG BAYI
Keadaan sesuai bagi merangsang bayi ialah ketika masih sedar atau celik. Ibu bapa perlu faham masa sesuai untuk merangsang bayi kerana jika diteruskan tanpa mengambil kira kemampuannya ia boleh memberikan kesan negatif.
Antara bentuk rangsangan yang boleh diberikan ialah:
Bercakap dan berkomunikasi
- Ketika bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, ibu perlu bercakap mesra dengannya sambil memberi senyuman dan mencium badan bayi.
- Sewaktu menyusu ibu boleh memberi rangsangan seperti bercakap kepadanya dengan kata-kata belaian. "anak mak sayang"- "anak mak lapar ye.
- Semasa mandi dan tukar lampin. Waktu ini adalah waktu yang sangat sesuai untuk berinteraksi dengan bayi. Bayi nampak sangat selesa dengan dibelai dengan kata-kata mesra seperti "anak mak dah wangi"- "anak mak cantik" dan sebagainya.
- Ketika hendak tidurkan bayi bolehlah dialunkan dengan lagu, zikir atau bercerita dengan bayi.
Bahasa yang digunakan dalam berinteraksi dengan bayi dapat membantu minda bayi membentuk bahasanya. Melalui perbualan yang mesra dapat mempertingkatkan perkembangan bahasa bayi.
Bermain
- Cium tapak tangan
- Tepuk tangan bayi
- Bernyanyi
- Menggerakkan kakinya.
Dengan bermain bersama bayi dapat merangsang mindanya serta membina emosi gembira bayi. Bayi yang selalu berada dalam emosi gembira akan membentuk perkembangan dan personaliti yang positif.
Membina suasana
- Bilik yang cerah dan pengudaraan yang baik
- Lagu yang harmoni
- Sekelilingnya dihiasi dengan ambar yang berwarna-warni.
- Alat-alat permainan
Suasana dan persekitaran yang nyaman dan bersih memberi ketenangan dan kesihatan terhadap bayi. Ini dapat membantu membina perkembangan yang baik terhadap bayi. Melalui gambar-gambar dan alat-alat permainan disekelilingnya membantu bayi menambahkan lagi maklumat dalam mindanya. Semasa peringkat ini, bayi hanya mampu observe apa sahaja yang ada di sekeklilingnya tetapi tidak dapat menggunakannya. Lebih banyak yang di observe oleh deria bayi lebih cepat berlakunya perkembangan intelektual bayi.
Teman ketika sunyi
- Membaca cerita
- Bermain
- Berzikir
- Menyanyi
Adakalanya bayi juga merasa kesunyian dan bosan. Oleh itu, bayi memerlukan teman untuk mengisi kesunyiannya. Ini biasanya berlaku apabila semua keperluannya seperti tidur, menyusu, dan mandi sudah dipenuhi. Oleh itu, untuk merangsang bayi ibu bapa digalakkan berkomunikasi, menyanyi atau membaca bagi membantu proses perkembangan bahasa dan minda.
Justeru itu, ibu bapa digalakkan menggunakan perkataan yang sesuai ketika berinterkasi. Apabila perkembangan bahasa kanak-kanak dipercepatkan, prestasi inteleknya turut meningkat dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment