Showing posts with label perkembangan bayi. Show all posts
Showing posts with label perkembangan bayi. Show all posts

Wednesday, December 2, 2009

MERANSANG BAYI

di petik d sini
MERANGSANG BAYI

Bayi perlukan bantuan untuk dirangsang. Ibu bapa adalah orang yang paling utama dalam membantu bayi menerima rangsangan. Rangsangan dapat membantu proses perkembangan bayi sama ada dari sudut biologi, kognitif dan sosiologi.

Keadaan sesuai bagi merangsang bayi ialah ketika masih sedar atau celik. Ibu bapa perlu faham masa sesuai untuk merangsang bayi kerana jika diteruskan tanpa mengambil kira kemampuannya ia boleh memberikan kesan negatif.

Antara bentuk rangsangan yang boleh diberikan ialah:

Bercakap dan berkomunikasi

  • Ketika bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, ibu perlu bercakap mesra dengannya sambil memberi senyuman dan mencium badan bayi.
  • Sewaktu menyusu ibu boleh memberi rangsangan seperti bercakap kepadanya dengan kata-kata belaian. "anak mak sayang"- "anak mak lapar ye.
  • Semasa mandi dan tukar lampin. Waktu ini adalah waktu yang sangat sesuai untuk berinteraksi dengan bayi. Bayi nampak sangat selesa dengan dibelai dengan kata-kata mesra seperti "anak mak dah wangi"- "anak mak cantik" dan sebagainya.
  • Ketika hendak tidurkan bayi bolehlah dialunkan dengan lagu, zikir atau bercerita dengan bayi.

Bahasa yang digunakan dalam berinteraksi dengan bayi dapat membantu minda bayi membentuk bahasanya. Melalui perbualan yang mesra dapat mempertingkatkan perkembangan bahasa bayi.

Bermain

  • Cium tapak tangan
  • Tepuk tangan bayi
  • Bernyanyi
  • Menggerakkan kakinya.

Dengan bermain bersama bayi dapat merangsang mindanya serta membina emosi gembira bayi. Bayi yang selalu berada dalam emosi gembira akan membentuk perkembangan dan personaliti yang positif.

Membina suasana

  • Bilik yang cerah dan pengudaraan yang baik
  • Lagu yang harmoni
  • Sekelilingnya dihiasi dengan ambar yang berwarna-warni.
  • Alat-alat permainan

Suasana dan persekitaran yang nyaman dan bersih memberi ketenangan dan kesihatan terhadap bayi. Ini dapat membantu membina perkembangan yang baik terhadap bayi. Melalui gambar-gambar dan alat-alat permainan disekelilingnya membantu bayi menambahkan lagi maklumat dalam mindanya. Semasa peringkat ini, bayi hanya mampu observe apa sahaja yang ada di sekeklilingnya tetapi tidak dapat menggunakannya. Lebih banyak yang di observe oleh deria bayi lebih cepat berlakunya perkembangan intelektual bayi.

Teman ketika sunyi

  • Membaca cerita
  • Bermain
  • Berzikir
  • Menyanyi

Adakalanya bayi juga merasa kesunyian dan bosan. Oleh itu, bayi memerlukan teman untuk mengisi kesunyiannya. Ini biasanya berlaku apabila semua keperluannya seperti tidur, menyusu, dan mandi sudah dipenuhi. Oleh itu, untuk merangsang bayi ibu bapa digalakkan berkomunikasi, menyanyi atau membaca bagi membantu proses perkembangan bahasa dan minda.

Justeru itu, ibu bapa digalakkan menggunakan perkataan yang sesuai ketika berinterkasi. Apabila perkembangan bahasa kanak-kanak dipercepatkan, prestasi inteleknya turut meningkat dari semasa ke semasa.

Bayi & perkembangan setiap bulan

sumber dari Salindah

Bayi & perkembangan setiap bulan
Perkembangan bayi selepas lahir

Tidak ada dua orang kanak-kanak yang membesar tepat pada kadar yang sama. Setiap kanak-kanak itu berbeza dalam melakukan sesuatu aktiviti yang tertentu lebih awal atau kemudian daripada yang lain. Sebab itulah tidak mungkin diberikan jadual yang tepat tentang perkembangan seorang bayi dalam tahun pertama. Coraknya memang ada, walau bagaimanapun penerangan berikut adalah satu rajah tentang kemajuan dan tabiat seorang bayi secara bulanan. Berikut adalah rajah perkembangan bayi pada setiap bulan.

Bulan

Pertama:

Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari.

Bulan

kedua:

Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam.

Bulan

ketiga:

Bayi mula mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap.

Bulan

keempat:

Bayi lebih giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk bermain dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam dan dia suka pada warna terang.

Bulan

kelima:

Berat badan lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif. Dengan bertambah'llya penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan dia mengimbang dirinya dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama. Dia mula mencapai sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan.

Bulan

keenam:

Sekarang dia boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia juga mula menyebut beberapa bunyi.

Bulan

ketujuh:

Kebanyakan bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi mula menye.but perkataan seperti "mama" atau "dada".

Bulan

kelapan:

Bayi mula berdiri, menggunakan sesuatu sebagai membantunya. Sekarang bayi anda bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus meninggalkan benda-benda yang mungkin bahaya jika dimasukkan ke dalam mulutnya bertaburan.

Bulan kesembilan:

Sekarang kebanyakan bayi pandai merangkak. Mereka cuba berdiri dengan sendirinya dengan sokongan sebelah tangan. Mula memahami arahan ataupun perkataan mudah.

Bulan kesepuluh:

Bayi mula berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang. Dia menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan mengulangi perkataan atau bunyi berkali-kali.

Bulan kesebelas:

Seorang bayi mungkin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang waktu ini. Apabila berdiri dia boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Dia boleh duduk bertinggung untuk mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh bertutur beberapa patah perkataan yang boleh difahaminya.

Bulan

kedua belas:

Sekarang bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang pertama. Kadang-kadang dia boleh berjalan digabungkan dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa barang. Dia boleh memanjat katilnya atau kandang permainannya.