Wednesday, July 29, 2009

Teknik Tepuk bantu masalh bb berkahak

Teknik tepuk bantu masalah bayi berkahak

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Pengalaman

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.


Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
petikan dari Utusan Malaysia

pst... akupun selalu sedut hingus adik bila adik selesema. masa kak long baby dulupun aku selalu buat gitu. cuma nak tepuk tau reti pulak.

Sunday, July 26, 2009

Tanda-tanda Hampir Bersalin

Buat ibu-ibu yang sedang menanti kelahiran anak anda..
(thanks buat www.ratuhati.com)

Tanda-tanda Hampir Bersalin Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita. Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"

Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.
Sumber:
  • When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
  • Labor Signs, webmd.com
  • Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my

Thursday, July 23, 2009

Penjagaan Semasa Pantang

MASA PANTANG

Penjagaan selepas bersalin atau dalam pantang sama pentingnya dengan penjagaan ketika hamil. Tubuh ibu memerlukan pemulihan dari segi emosi dan jasmani sebelum bersedia untuk hamil lagi. Beberapa amalan tradisi perlu dielakkan demi menjaga tahap kesihatan ibu dan juga kesihatan anak yang kini bergantung sepenuhnya pada ibu.

PEMULIHAN SELEPAS BERSALIN

Jagaan selepas bersalin amat penting untuk mempercepatkan proses pemulihan. Wanita selepas bersalin pulih seperti sediakala dari segi kesihatan jasmani dan rohani serta keadaan mentalnya, pemulihan kejelitaaannya khususnya dari segi paras, rupa dan bentuk badan serta pemulihan fungsi kewanitaan khususnya dalamn perhubungan kelamin.

 Pada waktu hamil dan ketika melahirkan anak, banyak perubahan berlaku pada wanita. Antara perubahan yang sangat ketara ialah berat badan yang semakin meningkat. Di samping itu perubahan fisiologi juga kerap berlaku seperti kandungan cecair darah meningkat, denyutan jantung yang kuat dan lebih kerap, tekanan darah dan pernafasan yang meningkat lebih dari biasa, kulit yang menjadi renggang dan retak, timbul urat pada kaki serta perubahan mungkin berlaku di peringkat biokimia sel atau tisu badan. Ketika bayi dilahirkan pula, wanita mengalami suatu perubahan agak serius yang boleh dianggap sebagai kecederaan. Ini disebabkan oleh proses kelahiran bayi yang perlu melalui saluran kemaluan yang sempit. Ini menyebabkan saluran ini renggang dan kadangkala cedera.

 Sesetengah wanita perlu digunting kemaluannya yang kemudian akan dijahit semula untuk membaiki luka akibat guntingan itu. Luka pada rahim ketika hamil kini terpisah ketika bayi dilahirkan. Ini menyebabkan sebahagian besar dinding rahim menjadi luka parah. Selain daripada perubahan fizikal atau jasmani yang berlaku pada wanita, perubahan mental dan emosi juga berlaku. Wanita yang sedang hamil dan melahirkan anak mengalami tekanan jiwa yang berat kerana kedua-dua proses kehamilan dan kelahiran ini dianggap sebagai faktor yang menekan. Ada sesetengah wanita mengalami tekanan jiwa yang begitu kuat sehingga mereka mengalami kesedihan (depression). Malah sesetengahnya pula menjadi terganggu jiwa (psychosis) selepas melahirkan anak.

 Kehamilan dan kelahiran juga akan mengganggu hubungan kelamin. Perubahan fizikal isteri mungkin menyulitkan perhubungan ataupun mengurangkan kelesaan. Selepas lahir pula, perhubungan kelamin tidak digalakkan untuk sementara waktu. Waktu puerperium atau waktu pantang yang biasanya selama 42 hari dianggap sebagai waktu pemulihan dariapada semua gejala kecederaan, tekanan jiwa dan mental serta pemulihan fungsi kewanitaan. Pada ketika ini juga rahim pula kuncup dan mencerut kepada saiz yang kecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involution. Proses pemulihan boleh dipercepatkan dengan beberapa cara yang diamalkan oleh wanita sendiri dan kadangkala ini boleh dipendekkan sehingga jangka waktu empat minggu, manakala sesetengahnya pula mengambil masa yang lebih lama sedikit iaitu lapan minggu. Secara puratanya, jangka waktu enam minggu adalah mencukupi.

 Cara Mempercepatkan Pemulihan

Keadaan dan tahap kesihatan serta pemakanan ketika hamil dan melahirkan anak adalah penting dan mesti diberi keutamaan supaya proses pemulihan boleh berlaku dengan cepat. Jika seseorang wanita itu mengalami masalah kekurangan makanan dan keadaan kesihatannya tidak baik, nescaya proses pemulihan akan mengambil masa yang lebih panjang. Penting dinyatakan segala masalah kesihatan perlu diberi rawatan yang sewajarnya ketika wanita itu hamil. Penting juga baginya mendapat makanan yang seimbang khususnya makanan yang mengandungi lebih zat protein seperti daging, ayam, ikan, telur dan sumber makanan yang mengandungi banyak vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pil vitamin dan zat besi perlu dimakan ketika hamil untuk menentukan keadaan darahnya mencukupi.

 Makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin perlu dimakan selepas bersalin. Amalan pantang larang makanan perlu dielakkan kerana ini boleh menjejaskan proses pemulihan luka pada rahim dan pada saluran kemaluan. Begitu juga proses pemulihan.

 Kepercayaan memakan sesetengah jenis makanan seperti ikan berduri atau udang boleh menyebabkan bentan atau luka bernanah adalah tidak benar. Sebenarnya, luka yang bernanah yang disebabkan oleh jangkitan kuman adalah berpunca daripada jagaan kebersihan yang kurang memuaskan. Luka akibat pembedahan sesarean atau guntingan episiotomi perlu dijaga kebersihannya dengan baik. Bagi pembedahan sesarean, penting luka itu tidak dibasahi air selama dua minggu. Jangkitan kuman boleh berlaku akibat takungan darah di bawah hirisan pembedahan.

 Oleh kerana kawasan kemaluan sering dibasahi dengan darah nifas dan mungkin dikotori oleh saluran najis dari depan atau belakang, baik bagi mereka membersihkan luka dua atau tiga kali sehari dengan menggunakan air garam ataupun air Dettol.

 Kadangkala jangkitan kuman boleh dijauhi dengan menyemburkan ubat antibiotik yang bercampur dengan antiseptik di bahagian kemaluan. Salah satu jenis ubat sembur yang biasa digunakan dermoplast. Ubat ini boleh mengurangkan kesakitan dan menjauhkan jangkitan kuman.

 Selain daripada memberi faedah pemakanan dan hubungan rapat dengan ibu dan bayi, penyusuan badan juga boleh mempercepatkan proses pemulihan rahim. Penyusuan menyebabkan rahim kuncup dan mencerut dengan lebih cepat daripada biasa. Apabila bayi menyusu, sejenis hormon dikeluarkan daripada kilang pituitary. Hormon inilah yang menyebabkan rahim kuncup. Biasanya dua minggu selepas melahirkan anak, rahim yang besar sudah tidak boleh dirasai di atas perut kerana ia telah tenggelam dalam rongga punggung walaupun saiznya masih besar lagi. Biasanya ia pulih kepada saiz biasa dalam masa empat minggu selepas bersalin. Proses pemulihan rahim menjadi terganggu jika berlaku jangkitan kuman atau adanya ketumbuhan pada rahim.

 Setelah melahirkan anak, biasanya wanita mengalami kesakitan pada bahagian rahim yang digelar sebagai after pain. Ini disebabkan oleh kuncupan yang berlaku pada rahim. Kesakitan ini biasanya mengambil masa yang agak singkat, mungkin dua atau tiga hari dan mudah diatasi dengan ubat-ubat penawar sakit seperti Panadol. Kesakitan ini juga boleh dikurangkan dengan meletakkan botol air panas atau karung getah yang diisi dengan air panas.

 Dalam amalan tradisi wanita menggunakan tungku panas yang boleh mengatasi masalah kesakitan ini. Kepanasannya memudahkan aliran darah keluar daripada rahim serta juga mempercepatkan proses pencerutan rahim. Amalan berbengkung baik jika dilakukan dalam masa dua minggu selepas bersalin. Pada masa itu, saiz rahim masih besar dan dengan berbengkung memberi sokongan supaya tidak menekan sangat ke bawah menyebabkan kekenduran otot di lantai punggung. Berbengkung juga boleh memberi sokongan kepada otot perut yang keluar akibat kehamilan dan ia juga memberi keselesaan kepada wanita setelah melahirkan.

     Pendarahan selepas bersalin atau nifas biasanya berlaku selama dua minggu dan ia tidak banyak berbeza daripada darah haid. Jika berlaku tumpah darah, ini mungkin menandakan sisa uri atau selaput bayi mungkin tertinggal, atau jangkitan kuman telah berlaku. Dalam hal ini rawatan cemas adalah diperlukan. Sesetengah wanita mengalami nifas yang berpanjangan tetapi jika pendarahan tidak terlalu banyak, keadaan ini tidak perlu dibimbangkan.

 Gerak otot atau senaman adalah sangat penting selepas bersalin. Segala gerak otot ini perlu dipelajari sebelum melahirkan anak. Ini bertujuan memperkukuhkan dua kumpulan otot iaitu otot pada lantai punggung dan otot pada perut. Bagi otot perut ia boleh kendur akibat kehamilan dan kelahiran. Bagi otot perut ia boleh dipulihkan kembali kekuatannya dengan membuat senaman yang mudah sambil berbaring. Senaman boleh dilakukan dengan mengangkat badan daripada kedudukan berbaring. Jika ini dilakukan berulang-ulang kali dalam sehari, nescaya otot akan menajdi tegang semula dan pulih dengan cepat. Bagi otot lantai punggung pula, senaman yang agak khusus boleh diajarkan kepada wanita oleh jurupulih anggota. Ini juga boleh dilakukan setiap hari sejurus selepas bersalin dan secara terus-menerus supaya ia boleh memperkukuhkan tone pada otot lantai punggung.

 Keteguhan dan kekuatan otot ini adalah sangat penting dalam menentukan keselesaan hubungan kelamin di masa akan datang. Saya ingin menekankan setiap wanita perlu menjalani senaman ini bukan sahaja dalam waktu pantang tetapi secara terus-menerus dalam hidup mereka supaya hubungan antara suami isteri memberi hasil yang diharapkan.

 Senaman keseluruhan badan adalah sangat digalakkan untuk mempercepatkan proses pemulihan kesihatan tubuh dan mental. Senaman boleh diperolehi dari buku dan risalah panduan.

 Mengurut tidak akan mempercepatkan pemulihan seperti anggapan sebahagian besar wanita Melayu. Urut adalah satu perbuatan yang pasif. Walaupun demikian ia memberi keselesaan kepada tone muscle yang menjadi lemah semasa hamil. Mengurut memberi rasa keseronokan serta menyegarkan badan, tetapi tidak akan memperkukuhkan tone otot.

 Ramai percaya makan jamu selepas bersalin akan mempercepatkan proses pemulihan. Tidak ada satu kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar untuk menentukan hakikat ini. Walaupun demikian banyak yang percaya memakan jamu itu memberi keselesaan dan kepanasan badan. Ini diperlukan kerana kebanyakan wanita berasa kesejukan selepas melahirkan anak. Bagi ibu yang menyusukan bayi, memakan jamu mungkin boleh mengganggu penyusuan kerana sesetengah bayi mungkin mengalami cirit-birit ataupun bayi tidak mahu menyusu kerana air susu diresapi oleh sedikit jamu.

Â


hhttp://www.hamidarshat.com/index.php?option=com_content&task=view&id=145&Itemid=150

Sunday, July 12, 2009

40 Kesilapan Ibu Bapa

kesilapan ibubapa


1. pemilihan jodoh tanpa memikirkan akan perihal zuriat –>pilihlah pasangan sebaik mungkin..jangan main tangkap muat saja….

2. perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat –> nak syok ja tak fikir benda lain dah…rancang..rancang…

3. kurang berlemah lembut terhadap anak-anak –> ni kena praktik

4. memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak –>horror kalau maki hamun!

5. tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan buat anak –>makanankan jadi darah daging

6. jarang bersama anak ketika mereka makan –>sebab tu I anggap makan time tu wajib dijadikan ‘quality time’

7. melahirkan suasana kurang seronok ketika makan –>memang orang tua-tua pantang kalau time makan cari pasai..

8. membeza-bezakan kasih sayang antara anak-anak –>tidak patut berlaku…

9. kurang melahirkan kasih sayang –>inilah paling utama kasih sayang….kena lahirkan…

10. sering mengeluh di hadapan anak –>negatif environment

11. tidak meraikan anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah –>ohhh…..

12. tidak mengajar anak akan konsep keadilan –>inilah tugas kita…

13. tidak memberatkan pendidikan agama terhadap anak-anak –>wajib beratkan..

14. tidak terlibat dalam urusan pelajaran anak-anak –>pemdidikan awal bermula dari rumah..ibubapa tonggak utama…

15. tidak memprogramkan masa rehat dan beriadah anak –>kena ada..so next…nak gi naik boat and cable car kahkahkahkah

16. tidak menggalakan dan menyediakan suasana suka membaca –>suka baca tapi kita baca ain dia baca lain..adoiii

17. mengizinkan anak makan dan minum makanan dan minuman yang tidak halal –>NO!

18. tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak –>kita sebagai pemimpin kena tunjuk yang terbaik

19. jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak –>kena ada masa ni wajib

20. jarang berkomunikasi di antara anak dan ibubapa..—>anak saya suka berkomunikasi

21. tidak menggunakan bahasa yang betul –>ya..wajib use correct language..term etc

22. suka bertengkar di hadapan anak –>BIG NO

23. sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak –>senyum-senyumlah selalu

24. tidak membimbing anak agar mematuhi syariat –>bermula dari kecil

25. memberikan kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak –>bersederhana

26. terlalu mengongkong anak-anak –>bersederhana

27. tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak –>janji wajib tunai

28. tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak –>ini yang anak sedih tau..so kenal berminat

29. tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak –>kena pupuk

30. tidak berminat melayan pertanyaan dan kemusykilan anak-anak –>saya suka layan ni..jawap jawap..lagi kita jawap lagi banyak soalan..hahahaaa

31. tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak –>ya buah fikiran mereka wajib dilayan….mereka juga bijak..don’t under estimate mereka

32. lambat memberi penghargaan kepada anak-anak –>ohhh….

33. kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak –>saya ak leteri…sebab saya benci kalau saya dileteri tapiii……hakhakhak

34. tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman terhadap anak-anak –>kena kena gaya

35. memberi nasihat yang sama kepada anak-anak –>pelbagaikan

36. hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan –>be fair

37. sering mengancam dan menakutkan anak –>>TIDAK

38. menghukum tanpa menyatakan kesilapan anak _>>kita kena nyatakan apa salah dia baru dia tau benda tu salah

39. tidak tegas dengan anak-anak –>>kalau kia tegas anak respect

40. tidak menggalakkan anak hidup bekerjasama –>>wajiblah bekerjasama kerana kita bermasyarakat…

dipetik dari buku ‘40 kesilapan mendidik anak’ oleh Dr.Hasan Ali
Sumber: forwarded Email.

Saturday, July 11, 2009

Pil Kontraseptif Kecemasan.

Pil Kontraseptif Kecemasan.
utk kengkawan yg terbabas projek
(mcm aku nih harap2 la tak peknen pasni....)...

Pil Kontraseptif Kecemasan.


Kita menggunakan payung untuk pelindung semasa hujan. Serupa dengan selepas persetubuhan tanpa perlindungan, untuk mengelakkan kehamilan, Postinor2 boleh digunakan untuk perlindungan.

Kadangkala, Postinor2 juga dikenali sebagai pil “lepas pagi” atau “selepas persetubuhan”. Baru-baru ini, kenyataan ini ditukarkan sebagai “Pil Kontraseptif Keselamatan”.

Apakah Itu Postinor2?
Postinor2 adalah sejenis produk kontraseptif kecemasan yang dapat mengelakkan kehamilan jikalau ianya dimakan dalam tempoh 72 jam selepas persetubuhan tanpa perlindungan.

Apakah Kandungan Aktif Postinor2?
Setiap tablet Postinor2 mengandungi 0.75mg levonorgestrel.

Bila Penggunaan Postinor2 Dicadangkan?
Postinor2 dicadangkan untuk wanita yang tidak melakukan persetubuhan yang kerap dan juga tidak mengamalkan apa jua jenis perancang keluarga seperti kombinasi kontraseptif oral. Dalam kes-kes serangan seksual, Postinor2 boleh dimakan dalam tempoh 72 jam untuk mengelakkan kehamilan.
Postinor2 boleh juga digunakan bersama kaedah kontrseptif yang lain yang telah gagal seperti kondom pecah, tercabut keluar atau telah disalahgunakan; pesari atau diafram yang tercabut keluar, pecah ataupun terlalu awal dicabut keluar; gagal mengelakkan ejakulasi di dalam faraj; kesilapan mengira tempoh kesuburan wanita yang menggunakan kaedah kalendar; IUD yang terhilang atau tercabut; terlupa makan 3 atau lebih pil kontraseptif hormon berterusan.

Bagaimana Postinor2 Berfungsi?
Cara Postinor2 berfungsi sebagai kontraseptif kecemasan adalah melalui penghalang ovulasi atau persenyawaan (dengan mengubah lalauan sperma dan / atau ovum di dalam tiub ovari). Ianya juga boleh menghalang implantasi dengan menukar keadaan permukaan endometrium.
Postinor2 tidak efektif jikalau seorang wanita telah hamil dan ianya tidak boleh menggugurkan kehamilan sedia ada.

Bagaimana Postinor2 Harus Dimakan?
Setiap pek blister Postinor2 mengandungi 2 tablet.Tablet pertama harus dimakan secepat mungkin dalam tempoh 72 jam selepas persetubuhan tanpa perlndungan. Tablet kedua harus dimakan 12 jam kemudian. JANGAN makan lebih daripada 4 biji tablet sebulan. Jikalau muntah terjadi dalam tempoh 2 jam selepas Postinor2 dimakan, dos tersebut harus diulangi.
Postinor2 TIDAK harus digunakan sebagai kaedah kontraseptif yang kerap. Postinor2 tidak dapat melindungi seseorang dari jangkitan HIV dan penyakit-penyakit seksual yang lain.

Apakah Keberkesanan Postinor2?
Jika Postinor2 dimakan dalam tempoh 72 jam selepas persetubuhan tanpa perlindungan, risiko kehamilan boleh dikurangkan sehingga 98 peratus. Walau bagaimanpun, keberkesanan akan merosot jikalau tempoh antara persetubuhan dengan permulaan rawatan semakin jarang.

Apakah Kelebihan Postinor2?
Wanita yang tidak mengamalkan persetubuhan yang kerap tidak lagi perlu memakan kontraseptif oral untuk jangkamasa lama.
Ia boleh mengurangkan risiko tromboembolisma atau penyakit kardiovaskular. Kombinasi kontrseptif oral yang mengandungi hormon estrogen boleh menyebabkan keadaan- keadaan tersebut.
Pemakanan kombinasi kontraseptif oral menyebabkan keidaksuburan yang terkawal. Postinor2 pula tidak menyebabkan kesan amenorea.

Siapakah Yang TIDAK Boleh Makan Postinor2?
Postinor2 tidak disyorkan untuk mereka yang belum akil baligh, yang sedang mengandung dan juga yang mempunyai rekod penyakit hati atau pundi hempedu.

Apakah Kemungkinan Kesan Sampingan Postinor2?
Perasaan rimas atau penitisan sedikit darah mungkin akan berlaku selepas Postinor2 dimakan. Jika pendarahan banyak atau berterusan berlaku, sila hubungi doktor anda dengan segera. Dalam kebanyakan kes, haid datang pada waktu yang tetap ataupun kemungkinan lebih awal. Jika haid datang lebih lewat untuk selama 7 hari, adalah disyorkan ujian kehamilan dilakukan. Jarang sekali berlaku mudarat seperti sakit kepala atau buah dada bengkak.

Bagaimana Postinor2 Disimpan?
Simpan Postinor2 dalam suhu bilek tidak melebihi 30C.
Jangan makan ubat yang telah luput tarikhnya.
Jauhi ubat dari kanak kanak.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi doktor atau ahli farmasi anda.

Last Updated ( Thursday, 30 March 2006 )
suber si looor

Tuesday, July 7, 2009

Bila nak start pam susu semasa pantang

Do copy and paste dari SI

Re: Bila nak start perah susu masa dlm pantang?
1. Masa dalam pantang, bila you all biasanya start perah susu utk dibuat stock? 2 minggu lepas bersalin ke?

-- saya start pam susu seminggu pas bersalin.. ekceli dah start pam lps bersalin tp time tu pakai pam pureen yg menyakitkan.. so tak jd pam even breast dah bengkak.. pas2 hubby belikan spectra.. alhamdulillah.. saya dpt kumpul lbh kurang 300 cup dadih time naik keje.. wajib pakai deep freezer.. sbb petiais 2 pintu + petiais 1 pintu tak dpt memenuhi stok ebm ku..


2. Berapa kali perah dalam sehari, dan setiap berapa jam? Yang saya baca dalam si.com ni, ibu2 kat sini biasanya start pump lepas baby menyusu to tell the body to produce more. Ada lagi ke susu masa lepas baby menyusu tu? Maksudnya kalau baby menyusu 2 jam sekali, 2 jam sekali lah kita perah susu ya?

-- brp kali tu terserah.. tp sebaiknya tiap kali bb lps menyusu then pam.. tujuan nak pastikan breast kosong.. so next feeding bb akan dpt fresh breastmilk.. sy dl pam 2 jam skali so dlm masa 24 jam tu saya pam 12 kali sbb izzati kurang menyusu.. so kene pam utk kosongkan breast..

3. Let say perahan pertama dapat sikit je (sebab perah lepas baby menyusu), then kita simpan dalam fridge hasil perahan tu (bukan frozen). Boleh tak masa perahan kedua kita campurkan dgn perahan pertama tu untuk cukupkan amount yang secukupnya utk satu penyususan (cthnya nak cukupkan 4 oz)?

-- bole.. dgn syarat suhu sama dan tarikh sama.. means masukkan ebm pertama kat bhgn bawah petiais.. ebm kedua lak masukkan gak kat bhgn bawah petiais.. agak² dah suhu sama.. so campur la.. then frozen kan.. tarikh kene sama tau..

4. Bila kat office nanti, contohnya saya boleh pump susu 3 kali sehari kat office. Breastshield yg saya guna tu, kalau saya tak sempat basuh dan sterilize tapi saya masukkan dlm fridge office, then boleh tak saya guna semula masa pump kali ke 2 & ke 3? Saya terfikir yg sisa2 susu kat breastshield tu bukannya basi kalau kita simpan dalam fridge. Boleh tak ya? Ini case kalau tak sempat nak basuh lah benda2 alah tu semua. Maklumlah curi2 masa nak pump susu…

-- saya lbh prefer basuh sebaik je lps pam.. saya tak sterilize.. just basuh then lalukan air panas.. tp kalo tak de air panas just basuh je la.. saya nak tekankan kat sini je la.. time masuk keje.. saya maklumkan kat bos.. even dia lelaki + cina + bujang.. saya exclusive breastfeed anak.. so saya akan amik masa utk pam susu.. tp saya tak curi masa.. saya tak anggap saya curi masa.. saya ganti masa tu dgn blk lmbt skit.. saya pam susu 3 kali kat opis.. kol 10, 1 , 5.. so saya just amik masa dlm 15 mnt je.. time kol 1 tu rehat.. time kol 5 tu dah waktu balik.. so takde la curi masa.. blk lps 515..

Tuesday, May 19, 2009

Panduan ibu hamil berpuasa

Panduan ibu hamil berpuasa


Oleh RAHANA MD
- copy from utusan online




Dr. Adilah Ahmad.



KEHAMILAN merupakan suatu perubahan fisiologi wanita yang berlaku untuk tempoh sembilan bulan dan disusuli dengan tempoh berpantang.
Kebetulan masuk bulan Ramadan, wanita yang hamil juga ada kalanya ingin menjalani ibadah tersebut.

Namun, terdapat beberapa aspek perlu difahami mengenai amalan berpuasa di kalangan wanita yang sedang hamil.

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Dr. Adilah Ahmad manusia normal juga ‘berpuasa’ pada setiap malam sewaktu tidur.

“Bezanya sewaktu tidur kita tidak melakukan aktiviti lain. Tidur malam secara purata iaitu lapan jam berterusan juga tanpa disedari menyebabkan kita berpuasa dalam tempoh tersebut.

“Penyesuaian pengambilan pemakanan yang mencukupi dalam tempoh terhad ini secara prinsipnya tidak mendatangkan masalah besar.

“Bagaimanapun, jika berpuasa dikhuatiri akan menjejaskan kehamilan, maka seseorang bolehlah untuk tidak berpuasa,” ujarnya.

Berkongsi panduan bagaimana ibu hamil yang ingin berpuasa, Dr. Adilah memberikan beberapa panduan berguna.

“Sebaik-baiknya sebelum ibu hamil mengambil keputusan untuk berpuasa, mereka perlu mendapatkan nasihat doktor masing-masing sama ada boleh berpuasa atau sebaliknya.

“Wanita yang mempunyai masalah seperti kencing manis kronik, darah tinggi, masalah ulser, sistem pencernaan dan sebagainya, mungkin dinasihatkan doktor agar tidak berpuasa,’’ katanya.

Selain itu, beliau menasihatkan ibu hamil mengambil makanan dan minuman yang mengandungi keperluan zat makanan yang diperlukan seeloknya dalam kuantiti mencukupi, sama seperti sewaktu beliau tidak berpuasa.
“Cara pengambilannya sahaja yang diubah kepada tempoh sewaktu berbuka puasa sehingga waktu bersahur sahaja.

“Ini sangat penting. Penambahan berat badan yang sepatutnya juga perlu dipastikan sekitar setengah kilogram setiap minggu apabila melepasi bulan keempat.

“Seterusnya, pastikan mengambil kalori (kcal) makanan yang sihat iaitu berjumlah sekitar 25 hingga 30 kcal bagi satu kilogram berat badan individu (secara purata di antara 1,800-2,000 kcal setiap hari).

“Keperluan zat makanan pula hendaklah seimbang mengikut piramid makanan yang disarankan dengan pengambilan karbohidrat sebanyak 50 peratus, protein 30 peratus dan lemak 10 hingga 20 peratus.

“Sama ada berpuasa atau tidak, pemakanan sihat sangat mempengaruhi perkembangan janin dan bayi yang bakal dilahirkan,’’ ujarnya.

Beliau turut memberitahu, ibu hamil memerlukan air yang mencukupi, sekurang-kurangnya dua liter setiap hari (bersaiz empat botol kecil air mineral atau lapan hingga 10 gelas) bagi membantu mengurangkan dehidrasi atau kekeringan,” katanya.

Tambahnya, elakkan membeli-belah atau berjalan-jalan terutamanya di tengah panas supaya kekal segar dan tidak berlaku dehidrasi.

“Sebaiknya ambil makanan tambahan seperti pil vitamin dan kalsium pada waktu malam dan bukannya sewaktu bersahur bagi mengurangkan kesan sampingan akibat ubat seperti loya dan pening kepala.

“Ibu hamil juga disyorkan melambatkan waktu bersahur kepada jam terakhir sebelum imsak serta tidak melambat-lambatkan berbuka apabila sampai waktunya bagi membantu mengurangkan tempoh berpuasa kepada hanya perlu sahaja,” katanya.

Menurut Dr. Adilah lagi, sesetengah ibu hamil yang berpuasa mengalami ketosis iaitu masalah yang berlaku dalam keadaan kelaparan yang lazimnya terjadi apabila berpuasa melebihi 16 jam terutamanya bagi wanita yang mempunyai penyakit kencing manis ataupun penyakit kurang zat makanan.
Situasi tersebut akan menghasilkan bahan ketone yang mungkin boleh memberi kesan negatif kepada wanita dan perkembangan janin dikandungnya.

Tambah Dr. Adilah lagi, wanita hamil juga perlu mengenalpasti isyarat tubuh sendiri.

“Jika ibu yang hamil sedar, mereka sememangnya tidak mengambil keperluan pemakanan yang mencukupi dan tidak bermaya, atau mengalami simptom-simptom hipoglisemia iaitu kekurangan gula dalam darah dan pening kepala, berpeluh-peluh dan sebagainya, mereka dinasihatkan berbuka puasa,” pesannya.

Perubahan kehamilan untuk menyesuaikan diri ketika berpuasa.

* Trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan).
Petanda-petanda morning sickness seperti tekak loya, pening kepala dan tidak berselera makan.
Pilih makanan bersesuaian dan kurang mengambil makanan berminyak serta gandakan meminum banyak air.
Pengambilan pil asid folik pula pada sebelah malam dan bukannya sewaktu bersahur supaya kesan sampingan seperti berasa loya dan bau ketika sendawa.

* Trimester kedua (bulan ke-4, 5 dan 6 kehamilan)
Pada waktu ini morning sickness dijangka telahpun reda, namun berlaku penurunan tekanan darah dari paras biasa menyebabkan ada yang mudah pitam terutamanya jika berdiri untuk tempoh yang lama. Minum air yang mencukupi selepas berbuka puasa serta tidak berdiri lama dapat mengurangkan masalah ini.

* Trimester ketiga (bulan ke -7 hingga kelahiran)
Wanita lebih mudah penat apabila bergerak akibat saiz kandungan yang semakin besar. Banyakkan berehat dapat membantu.