Monday, February 9, 2009

KEBAIKAN PENYUSUAN IBU

Menyusu bayi dengan susu ibu merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi. Ia mengandungi sumua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebenarnya, susu pertama anda dinamakan kolostrum dan hanya terdapat dalam susu ibu.Kolostrum mengandungi khasiat sebaiknya yang diperlukan oleh bayi anda untuk hari-hari pertama selepas lahir.


Di samping itu kolostrum juga mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan seperti ciri birit, radang paru-paru dan selsema. Jadi, ternyata susu ibu amat penting untuk bayi sebab tiada makanan lain yang dapat memberikan khasiat yang sehebat itu.

KEBAIKKAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK BAYI

Penyusuan ibu menampilkan aneka kelebihan untuk bayi anda. Antaranya :

  • Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.
  • Susu ibu, khasnya kolostrium, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.
  • Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.
  • Ia mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.
  • Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah menbancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa pada suhu yang sesuai.
  • Memberikan bayi keselesaan dan ketengangan emosi yang diperlukannya.
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan lain.

    KEBAIKKAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK DIRI ANDA SENDIRI

    Menyusu bayi dengan susu ibu juga baik untuk ibu. Berikut adalah sebab-sebabnya :

    Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan dengan itu boleh mengelakkan anda daripada mengandung.

    Berita baik , Boleh melangsingkan badan kalau anda juga membuat senaman.

    Ia membantu rahim anda kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko.

    Ia mengurangkan risiko barah buat dada dan ovari.

    Penyusuan susu ibu boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

    MASA YANG PALING SESUAI UNTUK MENYUSUKAN BAYI

    Anda boleh mula menyusukan bayi anda sebaik sahaja bersalin atau dalam masa 1 jam selepas bersalin. Ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu. Lagipun pada masa ini, bayi anda paling peka pada alam sekelilingnya.

    Dalam masa 3 hari pertama selepas bersalin, anda akan menghasilkan susu yang pekat berwarna kekuningan limau (iaitu kolosturm). Jangan bimbang Kollostrum cukup berkhasiat untuk memenuhi keperluan bayi buat beberapa hari pertama. Ia kaya dengan zat dan antibodi dan membantu melindungi bayi anda daripada jangkitan kuman. Jelaslah ia amat penting untuk bayi.

    Lazimnya susu anda akan mula keluar pada hari ke-3 dan ke-4. Bayi anda juga semakin besar dan anda akan kenal tangisanya tatkala ia lapar.

    Sepanjang tempoh ini, susui bayi anda mengikut kehendaknya. Bayi akan menangis bila kelaparan. Bila sudah kenyang, dia akan tidur atau melepaskan punting. Susui bayi anda mengikut kehendaknya. Ini d inamakan ‘penyusuan mengikut kehendak bayi’. Jangan risau, bekalan anda cukup untuk memenuhi keperluan bayi.

    Timbang bayi anda selalu. Berat badanya akan meningkat jika ia mendapat susu yang cukup.

    TEKNIK TERBAIK UNTUK MENYUSUKAN BAYI

    Ini bergantung pada citarasa dan pilihan anda sendiri kerana teknik penyusuan susu ibu adalah agak tersendiri. Anda boleh menysus bayi sambil duduk, berbaring atau serong sebelah. Apa yang anda perlu ingat ialah kedua-dua ibu dan bayi mestilah SELESA.

    Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, cara anda memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya bila menetek.

    Kedudukan Badan

    Pastikan anda selesa. Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan ATAU duduk bersandar di atas kerusi.

    Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sebingga susah ia mencapai punting untuk menyusu. Dan janganlah terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.

    Gunakan apa-apa pun untuk bersandar atau merehatkan kaki. Gunakan bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh (seperti hamparan atau selimut yang dilipat dan apa jua yang diperlukan untuk merehatkan kaki anda) untuk menyokong anda dan bayi.

    Cara memegang bayi

    - Bayi dipegang rapat dengan anda
    - Bayi diampu dengan baik
    - Bayi berhadapan dengan anda
    - Mulut bayi berada di bawah punting bila anda bersedia untuk menyusunya
    - Kepada, leher dan belakang bayi lurus

    Pastikan lengan tangannya tidak mengganggu bila menyusu.

    Bagaimana bayi menyesuaikan mulut bila menetek

    Pastikan bayi anda sendiri mencapai punting anda. Bila bayi mencapai punting anda pastikan :

    - Mulutnya terbuka luas
    - Bayi menghisap sebanyak mungkin bahagian perang (areola) di sekitar punting.

    sumber http://www.geocities.com/ibudanbayi/penyusuan_bayi.htm

No comments:

Post a Comment