Apabila Bayi Demam
“Kita harus prihatin terhadap demam walaupun ia merupakan satu gejala
yang biasa dialami oleh kanakkanak,”
Prof Dr Zulkifli Ismail, Presiden, Persatuan Pediatrik Malaysia.
Demam biasa dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, ia disebabkan infeksi virus – seperti jenis yang menyebabkan batuk, selsema, cirit-birit dan lain-lain jangkitan yang biasa.
Namun, ada juga kes di mana demam dikaitkan dengan infeksi bakteria (misalnya meningitis, septisemia atau bisul). Demam juga boleh diakibatkan oleh beberapa sebab yang tidak melibatkan infeksi, termasuk barah (misalnya leukemia) dan gangguan kepada sistem radang atau imun (seperti artritis reumatoid kanak-kanak dan penyakit Kawasaki).
Dalam keadaan biasa, demam sematamatanya tidak merbahaya. Namun, anda harus memerhatikan anak anda (terutama bayi) apabila dia demam.
Anda boleh menggunakan termometer raksa atau digital untuk mengambil suhu bahagian ketiak anak. Anda juga boleh menggunakan termometer elektronik yang direkabentuk khas untuk dimasukkan ke dalam lubang telinga.
Demam dalam bayi yang baru lahir (kurang daripada satu bulan) mesti dianggap serius. Oleh itu, jangan raguragu untuk membawa bayi berjumpa doktor, terutamanya apabila suhu badan bayi melebihi 38°C.
Namun demikian, anda perlu tahu bahawa demam boleh berlaku pada bayi yang baru lahir tanpa infeksi. Suhu badan bayi boleh naik sematamata kerana cuaca panas berada di dalam bilik yang panas, atau memakai pakaian yang terlalu tebal. Jika bayi masih demam beberapa jam setelah anda cuba menurunkan suhu badannya, bawalah dia berjumpa doktor.
Anda juga perlu sedar bahawa bayi yang baru lahir boleh mengalami infeksi yang serius tanpa mengalami demam. Kadangkala, suhu badannya juga boleh menurun akibat infeksi tersebut. Kedua-dua ciri ini boleh berlaku kerana sistem imun bayi belum matang dan tidak dapat mengeluarkan bahan pyrogens yang meningkatkan suhu badan. Oleh kerana itu, apabila bayi berkelakuan ganjil atau anda mengesyaki bahawa bayi tidak sihat, bawalah dia berjumpa doktor.
Demam dalam bayi yang lebih besar (lebih daripada satu bulan) biasanya diakibatkan oleh infeksi virus. Lazimnya, demam tersebut adalah rendah dan diiringi oleh gejala-gejala biasa yang lain, termasuk hidung tersumbat, batuk, sakit perut atau ciritbirit. Bakteria dan organisma lain juga boleh menyebabkan demam dan perlu diubati dengan antibiotik.
Bayi akan memerlukan rawatan sekiranya suhu badan melebihi 38°C. Namun, anda mungkin tidak perlu membawa bayi ke klinik dengan segera sekiranya dia masih cergas, mahu bermain, boleh menyusu, tidur dengan nyenyak atau kelihatan lebih sihat setelah rawatan yang anda beri di rumah.
Soalan-soalan Mengenai Demam
S: Bilakah demam bayi memerlukan rawatan?
J: Selain daripada menasihatkan anda untuk memberi banyak cecair untuk mengelakkan dehidrasi, doktor mungkin tidak akan memberi rawatan untuk demam bayi sekiranya ia rendah dan bayi tidak kelihatan tenat. Namun, jika demam itu tinggi, rawatan akan diberi untuk melegakan bayi. Rawatan mesti diberi sekiranya bayi ada sejarah mengalami serangan sawan demam atau lain-lain gangguan otak dan saraf. Demam boleh menyebabkan sawan kepada kanak-kanak yang cenderung kepada keadaan tersebut.
S: Apakah ubat-ubatan yang anda boleh beri di rumah?
J: Jangan sekali-kali memberi ubat kepada bayi baru lahir tanpa merujuk kepada doktor. Untuk bayi yang lebih besar daripada 1 bulan, anda boleh memberi ubat demam (antipyretic) yang mengandungi acetaminophen (paracetamol), ibuprofen atau diclofenac. Ubat demam yang diberikan melalui dubur juga boleh diberi sekiranya bayi tidak mahu makan ubatnya. Kesemua jenis ubat-ubatan ini adalah selamat untuk bayi dan kanak-kanak tetapi anda tidak boleh melebihi dos yang disyorkan. Dengan sesetengah kanak-kanak (terutama yang mengalami dehidrasi atau masalah kesihatan yang lain), dos yang berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius (terutama kepada buah pinggang). Catatkan masa anak anda diberi ubat. Jangan beri ubat mengandungi aspirin kerana ia telah dikaitkan dengan beberapa komplikasi.
S: Apakah lain-lain cara untuk mengurangkan demam bayi?
J: Lapkan badan anak dengan air suam untuk mengurangkan demamnya. Anda juga boleh memandikan anak dengan air suam. Jangan mandikan anak dengan air yang terlalu sejuk atau panas.
S: Patutkah anda beri anak makan semasa demam?
J: Jangan paksa anak anda untuk makan makanan biasanya sekiranya dia tidak berselera. Teruskan menyusukan anak anda dan berikan dia minum air dengan kerap. Elakkan anak anda dari mengalami dehidrasi.
TANDA-TANDA AMARAN
Ada kanak-kanak yang tidak sakit teruk pada suhu 38°C atau lebih. Ada juga mereka yang sakit teruk pada suhu yang lebih rendah atau dengan ketiadaan demam. Oleh kerana ini, anda juga harus memerhati lain-lain gejala penyakit dan bukan demam sahaja. Pada kenyataannya, bukan suhu badan sahaja yang penting tetapi kelakuan bayi yang mesti diawasi. Dapatkan rawatan dengan segera sekiranya bayi:
* Tidak mahu menyusu, makan atau minum.
* Mudah meradang atau kelihatan kebingungan.
* Tidak dapat bangun dari tidur dan lesu.
* Mengalami masalah bernafas atau bernafas terlalu cepat.
* Mempunyai nadi yang terlalu cepat atau lemah.
* Masih kelihatan tenat setelah demamnya reda.
* Menghidapi ruam di mana-mana bahagian badan.
* Mengalami sakit kepala atau muntah.
* Mengalami lain-lain aduan (misalnya menangis semasa membuang air kecil, terhencot-hencot, bengkak pada bahagian sendi, dll).
* Demam berterusan untuk lebih daripada 24 hingga 48 jam.
Anda juga patut membawa anak yang demam berjumpa doktor jika dia juga mengalami lain-lain keadaan kesihatan (misalnya penyakit jantung, kanser, gangguan sistem imun, dll) atau sedang diberi rawatan mengandungi steroid. Keadaan-keadaan ini boleh menyebabkan anak cenderung kepada infeksi tertentu yang mesti dirawat dengan cepat dan agresif.
Self-Sabotage VS Self-Destructive Behaviour
3 months ago
info tentang bayi demam kat sini - Baby Fever
ReplyDeleteartikel yg baik...Thx 4 the in4. Baca sini bagaimana merawat demam bayi
ReplyDeleteGood info...Sharing is caring... :)
ReplyDeleteFeel free to visit here lavendershop.lot.my
Anak sekarang sedang demam. Tak mau menyusu dan tak mau makan..risau jg..demam sejak semalam...
ReplyDeletewww.iburayyan.com
Bayi berusia 12 hari.. demam & selesema.. bagaimana cara rawatan ye.. adakah normal atau harus ke hospital.
ReplyDeleteBayi berusia 12 hari.. demam & selesema.. bagaimana cara rawatan ye.. adakah normal atau harus ke hospital.
ReplyDeleteEisya qira, better bw ke klinik dlu kalu suhu lbih 38°c.
ReplyDelete