Apabila anak anda mengalami demam, ia selalunya menunjukkan yang badannya sedang melawan serangan kuman. Walaubagaimapun, kanak-kanak juga mungkin akan cuma mengalami sedikit rasa panas, berpeluh dan rasa “feverish” tanpa betul betul mengalami demam yang sebenar.
Tidak semua bayi atau kanak-kanak akan mengalami demam walau badannya sedang melawan jangkitan kuman dan tanda-tanda mungkin berbeza diantara satu dan yang lain. Ada setengahnya mungkin aktif walaupun mengalami demam tinggi dan ada juga yang kelihatan cukup lemah walaupun cuma mengalami demam yang sederhana sahaja. Kebanyakan demam yang ringan dengan sendiri hilang selepas 2-3 hari tapi sekiranya ia berlarutan bawalah anak anda berjumpa doktor.
Bagaimana demam terjadi?
Demam menolong anak anda melawan jangkitan kuman dengan memberikan persekitaran yang kurang baik untuk bakteria dan virus membiak. Bahan kimia yang dirembes kedalam darah akan memberikan signal ke otak untuk menaikan tahap suhu badan kanak-kanak yang akan menolong sel darah putih melawan kuman.
Rasa mengigil adalah disebabkan oleh urat yang kejang supaya tubuh boleh meninggikan lagi suhu badan. Peluh yang terjadi semasa demam pula mencegah suhu badan agar tidak menjadi terlalu tinggi.
Apa yang perlu anda buat?
Sekiranya anda mensyaki yang anak anda mengalami demam, alat pengukur suhu yang boleh didapati difarmasi dengan senang dapat mempastikan samada anak anda demam atau tidak. Sekiranya ia melebihi 37.7 degree demam terjadi. Sekiranya ia disertai dengan mata kuyu, kulit kering dan kencing yang jarang ia menunujukkan anak anda mengalami dehidrasi perlu mendapat perhatian segera. Bagi anak kecil seperti bayi, sekiranya demam disertai dengan tangisan berterusan, tidak aktif dan leher kejang mungkin tanda jangkitan yang lebih serius, bawalah bayi doktor untuk pemeriksaan.
Gejala gejala serius yang memrlukan pemeriksaan segera.
- Demam melebihi 3 hari walaupun sudah diberikan ubat
- Tanda dehidrasi seperti dahagam mata layu, kulit dan bibir kering
- Menangis berterusan, kurang aktif, tiada selera makan, leher kejang
- Sakit perut
- Bayi tiada éye contact’
- Badan kejang dan penafasan yang terlalu pantas.
No comments:
Post a Comment