Saturday, July 11, 2009

Pil Kontraseptif Kecemasan.

Pil Kontraseptif Kecemasan.
utk kengkawan yg terbabas projek
(mcm aku nih harap2 la tak peknen pasni....)...

Pil Kontraseptif Kecemasan.


Kita menggunakan payung untuk pelindung semasa hujan. Serupa dengan selepas persetubuhan tanpa perlindungan, untuk mengelakkan kehamilan, Postinor2 boleh digunakan untuk perlindungan.

Kadangkala, Postinor2 juga dikenali sebagai pil “lepas pagi” atau “selepas persetubuhan”. Baru-baru ini, kenyataan ini ditukarkan sebagai “Pil Kontraseptif Keselamatan”.

Apakah Itu Postinor2?
Postinor2 adalah sejenis produk kontraseptif kecemasan yang dapat mengelakkan kehamilan jikalau ianya dimakan dalam tempoh 72 jam selepas persetubuhan tanpa perlindungan.

Apakah Kandungan Aktif Postinor2?
Setiap tablet Postinor2 mengandungi 0.75mg levonorgestrel.

Bila Penggunaan Postinor2 Dicadangkan?
Postinor2 dicadangkan untuk wanita yang tidak melakukan persetubuhan yang kerap dan juga tidak mengamalkan apa jua jenis perancang keluarga seperti kombinasi kontraseptif oral. Dalam kes-kes serangan seksual, Postinor2 boleh dimakan dalam tempoh 72 jam untuk mengelakkan kehamilan.
Postinor2 boleh juga digunakan bersama kaedah kontrseptif yang lain yang telah gagal seperti kondom pecah, tercabut keluar atau telah disalahgunakan; pesari atau diafram yang tercabut keluar, pecah ataupun terlalu awal dicabut keluar; gagal mengelakkan ejakulasi di dalam faraj; kesilapan mengira tempoh kesuburan wanita yang menggunakan kaedah kalendar; IUD yang terhilang atau tercabut; terlupa makan 3 atau lebih pil kontraseptif hormon berterusan.

Bagaimana Postinor2 Berfungsi?
Cara Postinor2 berfungsi sebagai kontraseptif kecemasan adalah melalui penghalang ovulasi atau persenyawaan (dengan mengubah lalauan sperma dan / atau ovum di dalam tiub ovari). Ianya juga boleh menghalang implantasi dengan menukar keadaan permukaan endometrium.
Postinor2 tidak efektif jikalau seorang wanita telah hamil dan ianya tidak boleh menggugurkan kehamilan sedia ada.

Bagaimana Postinor2 Harus Dimakan?
Setiap pek blister Postinor2 mengandungi 2 tablet.Tablet pertama harus dimakan secepat mungkin dalam tempoh 72 jam selepas persetubuhan tanpa perlndungan. Tablet kedua harus dimakan 12 jam kemudian. JANGAN makan lebih daripada 4 biji tablet sebulan. Jikalau muntah terjadi dalam tempoh 2 jam selepas Postinor2 dimakan, dos tersebut harus diulangi.
Postinor2 TIDAK harus digunakan sebagai kaedah kontraseptif yang kerap. Postinor2 tidak dapat melindungi seseorang dari jangkitan HIV dan penyakit-penyakit seksual yang lain.

Apakah Keberkesanan Postinor2?
Jika Postinor2 dimakan dalam tempoh 72 jam selepas persetubuhan tanpa perlindungan, risiko kehamilan boleh dikurangkan sehingga 98 peratus. Walau bagaimanpun, keberkesanan akan merosot jikalau tempoh antara persetubuhan dengan permulaan rawatan semakin jarang.

Apakah Kelebihan Postinor2?
Wanita yang tidak mengamalkan persetubuhan yang kerap tidak lagi perlu memakan kontraseptif oral untuk jangkamasa lama.
Ia boleh mengurangkan risiko tromboembolisma atau penyakit kardiovaskular. Kombinasi kontrseptif oral yang mengandungi hormon estrogen boleh menyebabkan keadaan- keadaan tersebut.
Pemakanan kombinasi kontraseptif oral menyebabkan keidaksuburan yang terkawal. Postinor2 pula tidak menyebabkan kesan amenorea.

Siapakah Yang TIDAK Boleh Makan Postinor2?
Postinor2 tidak disyorkan untuk mereka yang belum akil baligh, yang sedang mengandung dan juga yang mempunyai rekod penyakit hati atau pundi hempedu.

Apakah Kemungkinan Kesan Sampingan Postinor2?
Perasaan rimas atau penitisan sedikit darah mungkin akan berlaku selepas Postinor2 dimakan. Jika pendarahan banyak atau berterusan berlaku, sila hubungi doktor anda dengan segera. Dalam kebanyakan kes, haid datang pada waktu yang tetap ataupun kemungkinan lebih awal. Jika haid datang lebih lewat untuk selama 7 hari, adalah disyorkan ujian kehamilan dilakukan. Jarang sekali berlaku mudarat seperti sakit kepala atau buah dada bengkak.

Bagaimana Postinor2 Disimpan?
Simpan Postinor2 dalam suhu bilek tidak melebihi 30C.
Jangan makan ubat yang telah luput tarikhnya.
Jauhi ubat dari kanak kanak.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi doktor atau ahli farmasi anda.

Last Updated ( Thursday, 30 March 2006 )
suber si looor

15 comments:

  1. Salam. Sy nak tanya, kalau makan 2 tablet sekaligus dlm 1 masa adakah itu berbahaya atau ada kesan kepada kereaktifannya ya? Tolong saya.

    ReplyDelete
  2. Salam. Sy nak tanya, kalau makan 2 tablet sekaligus dlm 1 masa adakah itu berbahaya atau ada kesan kepada kereaktifannya ya? Tolong saya.

    ReplyDelete
  3. Hi saya nak bertanya, saya telah mengambil postinor2 pada minggu yang lalu. Saya dijadualkan.datang haid pada hujung minggu ini. Tetapi tanda2 seperti bengkak buah dada and ketidak selesaan ada. Adakah saya mengandung? Postinor Menganggu kitaran haid dan juga membuat saya kurang selesa.

    ReplyDelete
  4. Hi saya nak bertanya, saya telah mengambil postinor2 pada minggu yang lalu. Saya dijadualkan.datang haid pada hujung minggu ini. Tetapi tanda2 seperti bengkak buah dada and ketidak selesaan ada. Adakah saya mengandung? Postinor Menganggu kitaran haid dan juga membuat saya kurang selesa.

    ReplyDelete
  5. Hi saya nak bertanya, saya telah mengambil postinor2 pada minggu yang lalu. Saya dijadualkan.datang haid pada hujung minggu ini. Tetapi tanda2 seperti bengkak buah dada and ketidak selesaan ada. Adakah saya mengandung? Postinor Menganggu kitaran haid dan juga membuat saya kurang selesa.

    ReplyDelete
  6. Hi saya nak tanya, saya telah mengambil ponstinor2 semalam dan pagi tadi. Saya telah datang haid pada hari jumaat lepas 11/08 dan berhenti pada hari khamis 17/08 . Adakah ini boleh menyebabkan saya mengandung?

    ReplyDelete
  7. Hi saya nak tanya, saya telah mengambil ponstinor2 semalam dan pagi tadi. Saya telah datang haid pada hari jumaat lepas 11/08 dan berhenti pada hari khamis 17/08 . Adakah ini boleh menyebabkan saya mengandung?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. As slm . Sya nak bertanya , sy dah makan ubat postinor2 ikt masa yg tepat .. Biasa slps 7ari mkn sy akan dtng bulan , tp untk kali nih sudah 9ari namun masih dtg bulan .. Adakah sy mngandung ?

    ReplyDelete
  10. As slm . Sya nak bertanya , sy dah makan ubat postinor2 ikt masa yg tepat .. Biasa slps 7ari mkn sy akan dtng bulan , tp untk kali nih sudah 9ari namun masih dtg bulan .. Adakah sy mngandung ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamaulaikum Puan Hana Tina.Sekarang nii wife saya jugak mengalami masalah yang sama.Dah hampir 4 minggu waife saya tak datang haid tp ujian kehamilan result menunjukkan wife saya tak mengandung. Harap puan dapat membantu dan kongsi keadaan keadaan puan sekarang.Kalau puan dah datang haid saya nak tau apa yg puan buat untuk normalkan kitaran haid puan seperti biasa

      Delete
    2. isteri encik macam mana sekarang, mengandung atau tak? kalau tak mengandung mcm mana nak normalkan kitaran haid tu?

      Delete
  11. As slm . Sya nak bertanya , sy dah makan ubat postinor2 ikt masa yg tepat .. Biasa slps 7ari mkn sy akan dtng bulan , tp untk kali nih sudah 9ari namun masih dtg bulan .. Adakah sy mngandung ?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum ,

    Betul ke pil ni makan sekali lepastu boleh sampai 4 kali bersama ? Kalau lepas bersama lepas tu makan pil ni,lepas seminggu period . Then , kalau bersama lagi kena makan pil ni atau tak ? Maksudnya cara makannya tu setiap kali bersama kena makan pil tu ke ?

    ReplyDelete
  13. Apa fungsi sebenarnya ubat madonna ni.. untuk datangkan haid or lewatkan haid?

    ReplyDelete